Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar


Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan Ramadan dalam malam ganjil.”

Diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadan, Baginda menghidupkan malam tersebut dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya.

Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan yang bermaksud: "Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadan malebihi usahanya daripada malam-malam lain.”

Bulan Ramadhan, Al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan Hadis Rasulullah S.A.W di antaranya firman Allah SWT

“Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr: 1-3)

Ayat di atas iaitu ayat satu hingga tiga dalam Surah al-Qadr, ALLAH menyebut Lailatulqadar sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan iaitu bersamaan lebih kurang 83 tahun

Ianya membawa maksud, sesiapa sahaja yang beribadah pada malam tersebut, mereka akan memiliki pahala beribadah selama 1,000 bulan atau 83 tahun. Malahan ianya lebih baik lagi daripada 1,000 bulan. Bagaimanapun, Rasulullah SAW memberi beberapa isyarat yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar berlaku pada 10 akhir Ramadan :-

Berikut merupakan Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar

1. Berlaku Pada Malam Ganjil 

Sabda Rasulullah SAW: "Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir pada malam yang ganjil." (Riwayat Ahmad)

2. Malam itu bulan terbit seperti potongan bekas simpanan air, suasana sangat tenang, nyaman dan tenteram, tidak panas dan tidak sejuk.

3. Matahari Bersinar Lembut 

Pada keesokan harinya selepas berlaku Lailatulqadar, disebutkan bahawa matahari terbit dengan sinaran yang tidak terlalu silau atau terlalu panas terik.

Ia sebagaimana disebutkan dalam hadis baginda SAW: “(Malam) Lailatulqadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Keesokan harinya cahaya sinar mataharinya seakan kemerah-merahan." (Riwayat Ibnu Khuzaimah dan al-Bazzar)

4. Orang yang terbiasa menghidupkan malam-malam ramadhan pada saat turunnya malam Lailatulqadar mereka berasa ringan, nyaman dan mudah untuk beribadah.

5. Suasana Malam yang Tenang

Saat tiba malam lailatul Qadar, suasana terasa sangat tenang. Tidak ada kebisingan. Semuanya terasa amat tentram dan nyaman. Inilah malam yang terasa sangat khidmat untuk beribadah kepada Allah SWT.

6. Suasana Malam Cerah

Malam saat Lailatul Qadar langit tampak cerah. Langit tampak terang dan terlihat indah. Hal ini sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW: “Malam itu adalah malam yang cerah iaitu malam ke dua puluh tujuh (dari bulan Ramadlan). Dan tanda-tandanya ialah pada pagi harinya matahari terbit berwarna putih tanpa sinar yang menyorot.” (HR. Muslim no. 762)

7. Tidak Hujan

Pada malam Lailatul Qadar, tidak terjadi hujan. Saat itu malam terasa begitu syahdu dengan suasana langit yang cerah.

8. Hati merasa lebih tenang di antara malam-malam lainnya.

9. Angin bertiup tenang dan tidak terlalu kencang.

Pada malam Lailatul Qadar, angin pun berhembus lembut. Ini membuat suasana terasa sangat nyaman. Tidak panas dan juga tidak dingin.

10. Malam itu dipenuhi dengan taburan cahaya.

11. Anjing tidak menyalak.

12. Air laut pada saat turunnya malam Lailatul Qadar menjadi tawar dan tidak masin sebagaimana asalnya.

13. Pepohonan terlihat tawaduk seakan menundukkan ranting serta daunnya.

Namun begitu, diingatkan sekali lagi bahawa kesemua tanda-tanda ini juga hanya dirasai oleh hamba-hamba Allah yang terpilih dan dengan izinNya.

Wallahualam.

Kredit/Sumber: ezdiet.com

Perihal Malam Lailatul Qadar


Perihal Malam Lailatul Qadar


Sepuluh malam terakhir Ramadhan merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan tertentu. Terdapat satu malam, dalam 10 malam terakhir di bulan Ramadhan yang diyakini paling istimewa iaitu Malam Lailatul Qadar. Rata-rata umat Islam pastinya akan berkejar-kejar dan meningkatkan amalan ibadah bagi bertemu malam yang penuh keberkatan, iaitu malam Lailatul Qadar.

Apakah yang dimaksudkan dengan malam Lailatul Qadar? Lailatuq Qadar merupakan merupakan satu malam yang sangat istimewa di bulan Ramadan.

Surah al-Qadr ayat 1 - 3 menyebut: "Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.”

Daripada Aishah RA, bahawa Rasulullah SAW beriktikaf di masjid dalam sepuluh hari yang terakhir daripada bulan Ramadhan kemudian Baginda bersabda : Carilah Lailatul Qadar dalam sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Antara kelebihan malam ini ialah:


1. Dikatakan lebih baik daripada seribu bulan.

Imam al-Qurtubi berkata: Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar. Hal ini, disokong oleh Abu al-‘Aliyah.

2. Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut.

Imam Qurtubi berkata: Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.

3. Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan.

4. Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar.

Al-Dahhaq berkata: Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan. Sedangkan Mujahid berpendapat: Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.”Lihat Tafsir al-Qurtubi 20/133.

Bilakah Berlakunya Lailatul Qadar?


Lailatul qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil di bulan Ramadan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan Ramadan dalam malam ganjil.” Diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadan, Baginda menghidupkan malam tersebut dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya.

Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan yang bermaksud: "Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadan malebihi usahanya daripada malam-malam lain.”

Terdapat banyak pendapat tentang bila berlakunya lailatul qadar, antaranya adalah:

1. Berlaku Pada 27 Ramadan

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam 27 Ramadan. Hujah mereka amat banyak, antaranya:

Mengikut Abu Ka’ab katanya: “Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatulqadar jatuh dalam bulan Ramadan, manakala Lailatulqadar pula jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.”

Daripada riwayat Muawiyah yang bermaksud: “Bahawa Nabi SAW telah bersabda bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam ke-27.” Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir (hia) yang kembalinya kepada Lailatulqadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Umar R.Anhuma yang bermaksud: “Sesiapa yang mencari Lailatulqadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu Lailatulqadar pada malam yang ke-27.”

2. Berlaku Pada 23 Ramadan

Inilah pendapat Imam Syafie. Inilah juga pendapat Malik, Ibn Khuzaimah, Abu Awanah dan al-Tahawi. Ia berdasarkan hadis riwayat Abdullah bin Unais bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Carilah malam Qadar pada malam 23 Ramadan.”

3. Berlaku Pada 21 Ramadan

Inilah juga pendapat yang dipilih oleh Imam Shafie. Dia berdalilkan pada riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi daripada Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tuntutlah malam 17,21 dan 23 Ramadan.”

4. Berlaku Pada 24 Ramadan

Ini berdasarkan hadis Ibn Abbas bahawa Baginda SAW bersabda: Carilah malam Lailatulqadar pada malam 24 Ramadan.”— Riwayat Muhammad bin Nasr Ahmad daripada Bilal dan al-Tayalisi.

5. Berlaku Pada Malam Terakhir Ramadan

Hal ini berdasarkan hadis Muawiyah RA bahawa Nabi SAW bersabda: Carilah malam Qadar pada akhir malam Ramadan.”— Riwayat Ibn Nasr

Tanda-Tanda Lailatul Qadar


Apakah alamat atau tanda-tanda berlakunya lailatul qadar?

Sebahagian para ulama telah menyebut dalam kitab masing-masing berkenaan dengan sebahagian tanda dan alamat yang mungkin dapat dilihat oleh “sebahagian” hamba Allah yang diizinkanNya. Ini kerana, banyak hadis dan pengkhabaran orang soleh serta riwayat mereka yang telah membincangkan alamat tersebut, antaranya:

1. Malam tersebut terang dan nyaman dan tidak panas pada paginya

Ubadah bin al-Somit R.A berkata secara marfu’: Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi. Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut.Lihat Umdah al-Qari 11/134.

2. Matahari terbit tidak terang dan tidak panas

Daripada Ubay bin Kaab R.A menyatakan daripada Nabi SAW, sabdanya yang bermaksud: "Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan.”

Mengikut riwayat daripada ucapan Ibn Mas’ud berkata: "Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar.” — Lihat Umdah al-Qari 11/134.

Doa Lailatul Qadar


Doa malam lailatul qadar yang dianjurkan untuk dibaca ketika malam al-Qadr.
Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Zat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku”


Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, beliau bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:

Wahai Rasulullah, jika aku menjumpai satu malam merupakan lailatul qadar, apa yang harus aku ucapkan di malam itu? Baginda menjawab, Ucapkanlah: Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii…(HR. Ahmad 25384, At-Tirmizi 3513, Ibn Majah 3850, An-Nasai dalam Amal Al-yaum wa lailah, dan Al-Baihaqi dalam Syua’bul Iman 3426).

Amalan Malam Lailatul Qadar


Kita semua maklum bahawa ini kemuliaan dan agungnya malam Lailatul qadar sehingga melebihi daripada 1000 bulan. Setiap amalan yang kita lakukan akan diberi pahala 1000 kali ganda. Justeru, hendaklah kita lakukan amalan ibadat dengan bersungguh-sungguh tanpa sebarang pengabaian. Isikanlah dengan qiamullail, bacaan al-Quran, zikrullah, munajat dan doa. Terutamanya doa keampunan dan kerahmatan daripada-Nya.

Antara amalan yang dilakukan oleh Nabi SAW pada malam-malam tersebut adalah:

1. Melakukan Solat Malam (Qiamullail)

Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar mencari dan menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan.

Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya: Adalah Rasulullah SAW apabila masuk pada sepuluh akhir (Ramadan), Baginda SAW akan menghidupkan malamnya (dengan ibadah), mengejutkan ahli keluarganya, dan memperketatkan kain sarungnya (bersungguh-sungguh dalam beribadah dan melakukan kebaikan)”— Riwayat Muslim: 2015

Oleh itu hidupkan 10 malam terakhir Ramadan dengan ibadah Qiamullail. Qiamullail meninggalkan tempat tidur semata-mata untuk mengerjakan solat, bertakbir membesarkan Allah SWT, bertasbih mensucikanNya dan berdoa pada waktu malam.

Antara solat yang terlibat dalam qiamullail adalah:
  • Solat Tahajjud
  • Solat Taubat
  • Solat Hajat
  • Solat Tasbih
  • Solat Witir

2. Berdoa Memohon Keampunan Dan Dihapuskan Dosa Yang Lalu

Lailatul Qadar termasuk waktu yang mustajab untuk berdoa oleh kerana itu setiap Muslim boleh membaca doa apapun untuk kebaikan dunia dan akhiratnya.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) bersabda: Sesiapa yang melakukan qiamullail pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.” — Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Dalam sebuah hadith marfu’, daripada Ibn Abbas, sesungguhnya pada malam al-Qadr, Allah SWT melihat kepada para hamba-hambanya yang mukmin daripada umat Nabi Muhammad SAW, lalu Allah memaafkan mereka dan merahmati mereka kecuali empat golongan iaitu penagih arak, penderhaka kepada ibu bapa, kaki pukul dan pemutus silaturrahim.

Oleh itu janganlah kita melepaskan peluang ini. Selain daripada doa yang diajarkan Nabi kepada ‘Aisyah di atas, kita juga boleh membaca doa yang dibacakan Nabi untuk memohon ampun adalah:




Allahumma ‘auuzu biridhoka min sakhothika wa bimu ‘afatika min ‘uqubatik 

Maksudnya: Ya Allah, aku memohon perlindungan dengan redhaMu daripada kemarahanMu dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada kemurkaanMu.”— Riwayat Muslim (no. 486) 

3. Melakukan Iktikaf

Itikaf ini dikenali juga sebagai ‘Iktikaf Asyrul-Awahir’. Iktikaf menjadi sunnah muakkad jika dilakukan di bulan Ramadhan terutama pada 10 terakhir Ramadhan. Pada hari-hari tersebut Rasululllah SAW mengajak isteri dan keluarga serta para sahabat Baginda menghidupkan malam dan mengisinya dengan pelbagai kegiatan ibadah yang menunjukkan ‘taqarrub‘ (mendekatkan diri) kepada Allah SWT.

Daripada Abi Hurairah r.a telah berkata: Bahawa Nabi SAW beriktikaf pada setiap kali Ramadhan pada 10 hari, tetapi beriktikaf 20 hari pada tahun kewafatan Baginda SAW.” — Riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan Ibn. Majah

4. Sekurang-Kurangnya Melakukan Solat Fardu Secara Berjemaah

Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah menyatakan. Sebahagian ulama mazhab Syafie menakalkan riwayat daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma bahawa:

Menghidupkan malam Lailatul Qadar akan terhasil apabila seseorang mendirikan solat ‘Isya’ secara berjemaah dan berazam untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah jua. Imam Malik merekodkan dalam al-Muwatta’ bahawa Imam Ibn al-Musayyib berkata: Sesiapa yang bertemu dengan Lailatul Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) dalam berjemaah (pada malam tersebut), maka dia akan memperolehi kebaikan malam itu. Begitu jualah yang dikatakan oleh Imam asy-Syafie rahimahullah dalam pendapat lamanya: Sesiapa yang mendirikan solat Isya’ dan Subuh pada malam Lailatul Qadar, maka dia akan memperoleh kebaikannya.” — Lihat Lathaif al-Maarif (hal. 159).

Amalan Lailatul Qadar Untuk Wanita Haid


Wanita haid hanya tidak dibenarkan solat, membaca dan menyentuh al-Quran serta berpuasa. Ini bemakna, amalan lain adalah dibolehkan. Berkenaan dengan amalan yang boleh dilakukan oleh wanita haid di dalam bulan Ramadhan, mantan mufti wilayah, Dato’ Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyatakan cadangan amalan seperti berikut:

1. Perbanyakkan Doa, Selawat dan Zikir

Bagi orang perempuan yang haid, mereka digalakkan untuk membaca doa-doa, selawat dan juga zikir-zikir semasa berada di dalam bulan Ramadhan. Antaranya adalah seperti yang dianjurkan dalam sebuah riwayat daripada A’isyah R.Anha beliau berkata maksudnya:

Wahai Rasulullah, apakah pandangan kamu sekiranya aku bertemu dengan lailatul qadar apakah yang patut aku berdoa ?

Maka kata Nabi S.A.W: ‘Ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya Kau maha Pengampun, dan Kau sukakan pengampunan, maka ampunkanlah aku’’.

2. Memberi Makan Kepada Orang Berbuka

Boleh juga bagi orang yang dalam keadaan haid untuk memberikan makanan kepada mereka yang berbuka puasa. Hal ini antara perkara yang mendatangkan pahala yang besar kepada pelakunya. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya:

Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.— Riwayat Al-Tirmizi (807)

3. Banyakkan Sedekah

Seperti yang diketahui, amalan sedekah di dalam bulan Ramadhan mempunyai ganjaran yang amat besar di sisi Allah S.W.T. Dalam isu sedekah, tidak disyaratkan bagi seseorang itu akan suci dari sebarang hadas. Justeru, seseorang wanita meskipun berada dalam keadaan haid masih boleh mendapat ganjaran pahala bersedekah ini di dalam bulan Ramadhan dengan kadar yang termampu. Oleh itu marilah kita berusaha pada 10 malam yang terakhir ini untuk beribadah dengan bersungguh-sungguh.

Wallahualam.

Kredit/Sumber: says.com, akuislam.com

15 Kebaikan Membaca Al-Quran


15 Kebaikan Membaca Al-Quran 


Terdapat 15 kebaikan-kebaikan al-Quran di dalam hadis-hadis sahih :

Pertama : 

Al-Quran akan menjadi syafaat dihari akhirat.

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)


Kedua : 

Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya dihari akhirat.

Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Ketiga : 

Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran.

Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”. (Hadis Riwayat Bukhari)

Keempat : 

Membaca al-Quran dan susah menyebutnya mendapat dua pahala.

Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang membaca al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelima : 

Mukmin yang membaca al-Quran umpama buah yang harum dan sedap rasanya.

Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Umpama orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca al- Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keenam : 

Allah SWT mengangkat martabat golongan yang membaca al-Quran.

Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab al-Quran”.(Hadis Riwayat Muslim)

Ketujuh : 

Kefahaman yang sahih tentang al-Quran akan menjadi contoh ikutan.

Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:

“Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang al-Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam”.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelapan : 

Membaca al-Quran akan mendapat ketenangan (sakinah)

Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata : “Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesembilan : 

Sesiapa yang tidak mengingati ayat-ayat al-Quran umpama rumah yang roboh.

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat al-Quran seperti rumah yang roboh”. (Hadis Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)

Kesepuluh : 

Membaca dan memperelokkan bacaan al-Quran akan mendapat kebaikannya.

Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :

“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”. ( Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )

Kesebelas : 

Membaca beberapa ayat al-Quran lebih baik daripada mendapat unta yang gemuk.

Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: “Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau ‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim”. Kami menjawab : “Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W : “Kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua belas : 

Sesiapa yang lebih fasih memebaca al-Quran lebih layak menjadi imam solat berjemaah.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca al-Quran”. (Hadis Riwayat Muslim )

Ketiga belas : 

Nabi SAW mengutamakan sahabat yang paling kuat berpegang teguh kepada al-Quran untuk dikebumikan jenazah mereka.

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian baginda bersabda : “Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan al-Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad”. (Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah)

Keempat belas : 

Kelebihan berdoa selepas membaca al-Quran.

Daripada ‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca al-Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Barangsiapa yang membaca al-Quran maka berdoalah kepada Allah dengan al-Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca al-Quran dan mereka berdoa dengannya”.

(Hadis Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan)

Kelima belas : 

Setiap satu huruf membaca al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata : “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)

Sahabat yang dimuliakan,

Marilah kita menjadikan al-Quran sebagai peduman hidup kita , apabila kita sentiasa menjadikannya sebagai panduan dan peraturan hidup kita tidak akan sesat dan sentiasa mendapat pimpinan daripada Allah S.W.T. Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:

“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air". Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, " Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”

Wallahualam

Kredit/Sumber: Facebook

Roh Yang Kembali Di Bulan Ramadhan

♡ ROH YANG KEMBALI DI BULAN RAMADHAN ♡


☝🏼apabila tiba bulan Ramadhan... semua roh berkumpul di *Luh Mahfuz* memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi...

👉🏼 ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan...

👉🏼 roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin² yang mendoakan mereka...

👉🏼 manakala roh² yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di *Luh Mahfuz*

☝🏼apabila roh dibenarkan pulang...

👉🏼 perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka...

👉🏼 kemudian mereka akan pergi ke rumah anak² mereka...

👉🏼 orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka...

👉🏼 perkara ini akan berlarutan sehinggalah tibanya Hari Raya Aidilfitri...

☝🏼pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke *Luh Mahfuz* dengan bekalan yang diberikan oleh mereka² yang masih hidup...

👉🏼 di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur...

👉🏼 alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang...

☝🏼orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang² yang masih hidup...

👉🏼 alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang² yang masih hidup...

☝🏼oleh itu wahai sahabat ku...

👉🏼 jangan biarkan orang² yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita...

☝🏼sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu..

☝🏼terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu :

👉🏼 doa anak² yang soleh
👉🏼 ilmu yang bermanfaat
👉🏼 sedekah amal jariah

☝🏼sebarkan hal ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda...
dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama...

☝🏼yang jelas jika anda tidak meneruskan hal ini maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh...

☝🏼jika anda melakukan dengan ikhlas insya-Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan...

=================

JAMBATAN YANG PALING AKU TAKUTI

=================
JAMBATAN PALING PANJANG DAN LAMA UNTUK DILALUI OLEH SEMUA ORANG

👉🏼 ialah titian sirat yg lebarnya hanya sehelai rambut yg dibelah tujuh dan tajamnya lebih daripada mata pedang... dibawahnya terbentang *NERAKA* dan disebelahnya terbentang *SYURGA* yg luas...

☝🏼diceritakan bahawa
untuk merentasi titian sirat mengambil masa 15000 tahun...

👉🏼 5 ribu tahun menaik
👉🏼 5 ribu tahun mendatar
👉🏼 5 ribu tahun menurun

#share lah... dpt pahala mengingatkan sesama agama kita.

☝🏼seandainya jenazah itu mampu bangun dan menceritakan sakaratulmaut dan azab kubur...

☝🏼sudah pasti kita akan 24 jam di atas sejadah...

👉🏼 Mashaa Allah... ORG YG SYG ALLAH RINGAN TGN DIA NAK SHARE

Sumber/Kredit: Whatsapp

Keistimewaan Bulan Ramadan Dan Pengisiannya


Keistimewaan Bulan Ramadan Dan Pengisiannya

Seluruh umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ini (2020) mulai pada tarikh 24 April 2020 (Masihi) Bersamaan 1 Ramadhan 1441 (Hijrah). Diharapkan pada tarikh ini, kita semua telah bebas daripada Wabak Covic 19 dan semoga Allah panjangkan umur kita untuk bertemu Ramadan seterusnya. 

“Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan yang penuh berkat. Allah telah memfardhukan atas kamu berpuasa di dalamnya. Dibuka di dalamnya segala pintu Syurga, dikunci di dalamnya segala pintu Neraka dan dibelenggu di dalamnya segala syaitan. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan (malam lailatul qadar). Barangsiapa tiada diberikan kebajikan malam itu, maka sesungguhnya tidak diberikan kebajikan kepadanya” (Sabda Rasulullah S.A.W - Riwayat Ahmad, An-Nasa’i dan Al-Baihaqi dari Abu Hurairah)


Terdapat banyak keistimewaan bulan Ramadhan yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain. Jom ketahui 10 keistimewaan bulan Ramadhan yang utama.

1. Bulan kemenangan bagi umat Islam

Kemenangan terbesar bagi umat Islam berlaku pada bulan Ramadhan, dalam peperangan Badar Al-Kubra. Peristiwa bersejarah ini berlaku pada 17 Ramadhan pada Hari Jumaat, tahun 2 Hijrah. Tahun ini merupakan tahun pertama umat Islam disyariatkan berpuasa pada bulan Ramadhan. Perang ini dianggap kemenangan terbesar kerana jumlah umat Islam yang sedikit pada masa tersebut iaitu seramai 313 orang berjaya menewaskan tentera kafir yang berjumlah 1300 orang.

2. Ganjaran pahala di bulan Ramadhan berlipat kali ganda

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ

Maksudnya: “Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal, hingga tujuh ratus kali ganda. Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan iaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.” (HR. Bukhari no. 1904, 5927 dan Muslim no. 1151)

Petikan hadis di atas jelas menunjukkan ganjaran pahala yang berlipat ganda yang bakal didapatkan oleh orang yang mengamalkan ibadah di bulan Ramadhan.

Jadi marilah kita sama-sama meningkatkan amalan ibadah pada bulan ini.

3. Dosa-dosa lalu diampunkan

“Disebutkan di dalam hadis dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda, mafhumnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu”. (Hadith Sahih: Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Pintu rahmat terbuka luas

"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." ­- Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1079 

Pada bulan Ramadan pintu-pintu Rahmat dibuka akan dibuka seluas-luasnya. ALLAH S.W.T meluaskan rahmat-NYA kepada seluruh hamba-hamba-NYA yang tekun beribadah dan taat kepada-NYA dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

5. Pintu langit terbuka luas

"Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899. 

ALLAH S.W.T membuka pintu langit seluas-luasnya pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk menurunkan limpahan rahmat-NYA kepada sekalian hamba-hamba-NYA serta segala amalan-amalan berbentuk ketaatan kepada-NYA akan naik secara terus kepada-NYA.

6.Pintu syurga terbuka luas

"Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka." Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1898 

Pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini juga dibuka seluas-luasnya pintu syurga bagi mereka yang beriman dan taat kepada perintah ALLAH. Bahkan, di bulan yang mulia ini jugalah ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-NYA yang menjadi penyebab memudahkan mereka masuk ke syurga. 

7. Pintu neraka tertutup rapat

“Apabila masuk bulan Ramadhan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup” Hadis Riwayat Bukhari dalam sahihnya, Hadis no. 1899 

8. Syaitan dibelenggu

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
Apabila masuk bulan Ramadan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekalian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat. (Riwayat Bukhari dan Muslim)” 

9. Malam Lailatul Qadar 

Terdapat Surah khusus di dalam Al-Quran yang menceritakan tentang kemuliaan malam Lailatul Qadar iaitu Surah Al-Qadr, ayat 1-5.

Malam ini digambarkan sebagai malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang melakukan ibadat pada malam ini akan mendapatkan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah S.W.T. 

Bilakah berlakunya malam Lailatul Qadr?

a) Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Carilah lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan." Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, hadis no: 2017 

b) Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Carilah (lailatulqadar) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1165.

Daripada kedua hadis berikut, dapat kita simpulkan bahawa kita seharusnya mengambil peluang untuk menambahkan pahala dengan menggandakan ibadah pada malam yang ganjil bermula sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ke 23, 25, 27 dan 29. Ini kerana, pada sepuluh malam terkahir inilah Rasulullah s.a.w mempergiatkan ibadahnya. 

c) Aisyah r.a berkata:

​Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh melakukan ibadah pada sepuluh hari terakhir yang tidak pernah dilakukannya pada waktu lain." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1174.

Antara ibadah yang amat dianjurkan oleh Rrasulullah S.A.W pada bulan Ramadhan adalah qiamullail (solat malam), memperbanyakkan doa, berzikir, membaca al-Quran dan amal soleh yang lain. 

10. Ibadat solat terawih

Solat sunat terawih merupakan ibadah sunat yang sangat dituntut (sunat muakkad). Ibadah ini hanya dapat dilaksanakan pada bulan Ramadhan. Dan boleh dilakukan secara berjemaah ataupun bersendirian. Solat sunat terawih dan bulan Ramadhan sudah cukup sinonim antara satu sama lain. Ibadat solat sunat terawih cukup istimewa kerana dijanjikan ganjaran pahala yang berlipat ganda kepada sesiapa yang melakukannya.

PENGISIAN RAMADHAN

1. Berpuasa pada siangnya dengan puasa yang sebenarnya.

2. Menghidupkan malam dengan amalan yang disyariatkan termasuk qiamullail

3. Meningkatkan amalan harian

4. Menunaikan solat tarawih

5. Bertadarus al-quran

6. Menunaikan zakat fitrah dan zakat yang lain

7. Beriktikaf terutama 10 malam terakhir

8. Memperbanyakkan sedekah

9. Memberi makanan kepada orang yang berpuasa

10. Bersahur

11. Bersederhana dalam berbelanja dan makan minum

12. Menjaga pancaindera dari melakukan maksiat

13. Menunaikan umrah jika mampu

Kita seharusnya mengambil peluang untuk menambahkan amalan ibadat sebanyak mungkin pada bulan yang penuh berkah ini. Semoga ibadah kita semua diberkati dan diberikan balasan pahala yang berlipat kali ganda.

Selamat beribadah dan Salam Ramadhan 2020.

Wallahualam.

Kredit/Sumber: iluvislam.com, syariah.perak.gov.my

Mengenali Syafaat Rasulullah SAW

Syafaat Rasulullah

Marilah kita hayati betapa besarnya pengorbanan Nabi SAW untuk membawa umat Islam ke syurga dengan memberikan syafaatnya.

Syafaat terbahagi kepada dua iaitu Syafaat umum dan Syafaat khusus. Syafaat umum ialah syafaat yang dikurniakan kepada para Nabi, ulama dan syuhada.

Syafaat khusus pula hanyalah dikurniakan kepada Nabi kita Muhammad SAW iaitu alSyafaat al-Uzma.

Syafaat ini bermaksud permohonan oleh baginda nabi SAW kepada Allah supaya disegerakan sesi perbicaraan dan pengadilan setelah lama sengsara menunggu di perhimpunan Mahsyar.

Ketika itu semua manusia sudah tidak tahan dengan kesengsaraan yang dialami di Mahsyar lalu mereka beramai-ramai pergi berjumpa Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa agar supaya dipercepatkan proses perbicaraan dan pengadilan.

Bagaimanapun kesemua Nabi tersebut enggan menolong malah ada yang mengatakan bahawa ketika itu Allah sedang murka yang amat sangat dan tidak pernah Allah murka sebegitu rupa sebelumnya.

Akhirnya orang ramai sepakat pergi berjumpa Nabi Muhammad SAW untuk memohon kepada Allah SWT supaya perbicaraan dan pengadilan segera dijalankan.

Nabi Muhammad SAW bersetuju lantas sujud bermunajat kepada Allah di bawah Arasy, permohonan nabi itu dikabulkan dan pengadilan pun dimulakan.

Selain dari Syafaat al-Uzma ada lagi syafaat-syafaat yang lain yang dianugerahkan kepada Nabi SAW seperti berikut:

1. Syafaat yang diberi kepada para aulia dan solihin untuk meninggikan tingkat kedudukan mereka di dalam syurga.

2. Syafaat untuk menjemput orang-orang yang masih ada saki baki iman dalam diri mereka walau sebesar gandum, mereka dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan kedalam syurga. Syafaat ini diperolehi oleh Rasulullah SAW dengan rasa belas kasihan baginda SAW lalu berdoa sambil menangis kepada Allah.

Al-Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis melalui Ibnu Umar Radhiallahu Anhuma bahawa Nabi SAW berdoa; “Ya Allah! Umatku umatku (mereka masih berada di dalam neraka). Permintaan Nabi dikabulkan Allah dengan firmannya: “…Kami sesunggunnya reda terhadap umatmu dan kami tidak akan menyakitkan hatimu (maksudnya mereka dikeluarkan dari neraka).

Membaca al-Quran juga boleh membantu seseorang itu untuk masuk syurga selain amalan solat yang tidak ditinggalkan.

3. Syafaat yang diberikan kepada Nabi SAW untuk membantu orang yang timbangan amal kebaikannya dan kejahatannya sama berat. Maka dengan pertolongan tersebut akhirnya orang itu berjaya memasuki Syurga.

4. Syafaat yang diberikan kepada Nabi SAW untuk memasukkan orang-orang tertentu ke dalam syurga tanpa hisab dan azab. Mereka yang sangat bernasib baik ini akan masuk kedalam syurga melalui laluan khas yang telah ditentukan.

Al-Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis melalui Abdul Rahman bin Abu Bakar Radhiallahu Anhu beliau berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Tuhanku telah mengurniakan kepadaku seramai 70,000 dalam kalangan umatku mereka masuk syurga tanpa hisab.

Saidina Umar bertanya kepada Nabi SAW; “Tidakkah tuan minta ditambah bilangan itu? Rasulullah menjawab ya! Saya telah memohon tambahan, lalu Allah mengurniakan kepadaku tambahan setiap seorang membawa 70,000 orang bersama.

Umar berkata: Tidakkah tuan meminta tambah lagi? Rasulullah menjawab ya! Setiap seorang membawa 70,000 lagi. Umar bertanya lagi: Tidakkah Tuan meminta tambah lagi? Rasulullah SAW menjawab ya! Aku telah meminta tambah tetapi setakat itu sahaja yang diberi.

5. Syafaat yang dikurniakan kepada Nabi SAW untuk menyelamatkan orang yang telah melakukan dosa besar dari seksaan api neraka.

Hadis daripada Anas Bin Malik Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Syafaatku untuk orang yang melakukan dosa besar dalam kalangan ummatku.” - [Imam Ahmad].

Berdasarkan kepada keterangan di atas, adakan kita bakal termasuk dalam golongan umat Islam yang akan mendapat syafaat Nabi? Apakah amalan kita agar tergolong agar orang yang memperoleh syafaat itu?

Perkara yang membolehkan untuk mendapat syafaat Nabi SAW

1. Umat Islam mesti yakin bahawa kehadiran Nabi Muhammad SAW ke alam ini adalah membawa rahmat kepada seluruh alam.

2. Umat Islam hendaklah sedar bahawa mandat untuk memberikan syafaat adalah kurniaan dan keizinan Allah.

3. Umat Islam yang ingin mendapatkan syafaat Nabi SAW mestilah tidak pernah menyengutukan Allah SWT.

4. Orang-orang yang ingin mendapatkan syafaat dari Nabi SAW mestilah memperbanyak amalan dan selawat kepada baginda.

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. - [al-Taubah: 128].

Wallahualam

Kredit/Sumber: mstar.com.my

10 Orang Sahabat Rasulullah SAW Yang Dijamin Syurga

10 Orang Sahabat Rasulullah SAW Yang Dijamin Syurga

Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah an-Najm, ayat 3-4: “Tidaklah apa yang diperkatakan olehnya (Muhammad) berdasarkan hawa nafsu, tetapi (segala ucapannya, perbuatannya) adalah berdasarkan wahyu yang diwahyukan kepadanya,” segala ucapan Rasulullah SAW yang dinilai sahih oleh para ulama Ahlus Sunnah wal Jama’ah dari segi sanad dan matannya adalah daripada wahyu Allah SWT.

Hadith yang menyatakan berkenaan 10 orang sahabat Rasulullah SAW yang dijamin syurga terdapat di dalam Kitab Musnad Imam Ahmad ibni Hanbal, Kitab Sunan at-Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah yang diriwayatkan daripada dua orang sahabat yang juga merupakan dua orang sahabat yang tergolong dalam golongan tersebut iaitu ‘Abdul Rahman bin ‘Auf RA dan Sa’id bin Zaid RA. Lafaz hadith tersebut ialah ucapan Rasulullah SAW: “Abu Bakar (as-Siddiq) di syurga, ‘Umar (bin al-Khattab) di syurga, ‘Uthman (bin ‘Affan) di syurga, ‘Ali (bin Abi Talib) di syurga, Talhah (bin ‘Ubaidillah) di syurga, Zubair (bin al-‘Awwam) di syurga, ‘Abdul Rahman bin ‘Auf di syurga, Sa’ad bin Abi Waqqas di syurga, Sa’id bin Zaid di syurga dan Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah di syurga.”

Hadith tersebut dinilai sahih oleh para ulama muhaddithin Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Berikut merupakan 10 Orang Sahabat Rasulullah SAW Yang Dijamin Syurga.

1. Abu Bakar as-Siddiq RA

Nama sebenar beliau ialah ‘Abdullah bin Abi Quhafah ‘Uthman bin ‘Amir bin ‘Amru bin Ka’ab bin Sa’ad bin Taym bin Murrah daripada keluarga kabilah Bani Taym. Kedua-dua susurgalur nenek moyang belah ayah dan ibunya bertemu pada moyang Rasulullah SAW yang bernama Murrah bin Ka’ab. Abu Bakar adalah nama gelarannya yang popular sejak zaman sebelum beliau memeluk Islam lagi. Beliau dua tahun lebih muda daripada Rasulullah SAW. Beliau digelar “as-Siddiq” yang bermaksud “orang yang sering membenarkan” kerana beliau adalah salah seorang sahabat yang sentiasa membenarkan segala kata-kata Rasulullah SAW sejak pengutusan baginda sebagai seorang rasul tatkala semua kaum musyrikin Makkah mendustakan kata-kata baginda terutamanya ketika peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Dalam kalangan para sahabat, beliau merupakan orang lelaki dewasa pertama yang memeluk Islam di hadapan Rasulullah SAW. Kerjanya adalah berniaga. Beliau bukan sahaja sahabat Rasulullah SAW yang paling akrab, bahkan beliau juga merupakan bapa mertua baginda apabila baginda dikahwinkan dengan puterinya yang bernama ‘Aisyah RA. Seperti bapanya, ‘Aisyah RA juga merupakan sahabat yang paling disukai oleh Rasulullah SAW selain merupakan isteri kesayangan baginda dalam kalangan Ummahatul Mukminin selepas Khadijah RA meninggal dunia.

Abu Bakar as-Siddiq RA sentiasa berkorban jiwa dan harta benda demi kepentingan perjuangan Islam. Beliau menggadai nyawa menemani Rasulullah SAW berhijrah berdua ke Yathrib (Madinah) walaupun mereka berdua menjadi buruan kaum musyrikin Makkah sehingga hampir dijumpai di Gua Thur. Peristiwa tersebut dirakamkan oleh Allah SWT di dalam al-Qur’an dalam Surah at-Taubah ayat 40. Sewaktu kempen Peperangan Tabuk, beliau telah menginfaqkan kesemua harta bendanya bagi tujuan membiayai ekspedisi ketenteraan tersebut.

Selepas kewafatan Rasulullah SAW, beliau dilantik sebagai khalifah pertama umat Islam atas permuafakatan para sahabat dengan memakai gelaran Khalifatur-Rasul. Ketika zaman pemerintahannya, golongan murtad, golongan yang enggan membayar zakat dan golongan nabi palsu diperangi habis-habisan terutamanya dalam Peperangan Yamamah. Pada zaman pemerintahannya jugalah, al-Qur’an mula dihimpunkan menjadi satu mushaf.

Tiada seorang sahabat yang beramal ibadat lebih daripada Abu Bakar RA. Dalam satu hadith sahih, diceritakan bahawa ketika para sahabat ditanya oleh Rasulullah SAW pada pagi hari tentang siapa yang sedang berpuasa, siapa yang telah memberi makan orang miskin, siapa yang telah mengiringi jenazah dan siapa yang telah melawat orang sakit pada hari tersebut. Abu Bakar RA mengatakan kepada Rasulullah SAW bahawa beliau telah melakukan semua perkara tersebut pada pagi hari tersebut. Ramai para sahabat memeluk Islam hasil daripada dakwah beliau seperti ‘Uthman bin ‘Affan RA, Talhah bin ‘Ubaidillah RA, Zubair bin al-‘Awwam RA dan Sa’ad bin Abi Waqqas RA. Beliau meninggal dunia selepas dua tahun memerintah sebagai khalifah umat Islam yang pertama.

2. ‘Umar bin al-Khattab RA

Salasilah penuh beliau ialah ‘Umar bin al-Khattab bin Nufayl bin ‘Abdul ‘Uzza bin Ribah bin ‘Abdullah bin Qart bin Razah bin ‘Adi bin Ka’ab daripada keluarga ayahnya kabilah Bani ‘Adi. Susurgalur nenek moyang belah ayahnya bertemu pada Ka’ab bin Luaiy. Ibunya adalah daripada kabilah Bani Makhzum. Usia beliau 13 tahun lebih muda daripada Rasulullah SAW. Berlainan dengan sifat Abu Bakar as-Siddiq RA yang lemah lembut, ‘Umar RA terkenal dengan sifat tegasnya sehingga terdapat sepotong hadith sahih daripada Rasulullah SAW menyatakan bahawa syaitan sendiri tidak akan melalui jalan yang dilalui oleh ‘Umar RA kerana takut bertembung dengannya. Sebelum memeluk Islam, ‘Umar RA adalah salah seorang penentang keras para sahabat yang memeluk Islam ketika itu. Dengan keislaman ‘Umar dan Hamzah bin ‘Abdul Mutalib RA, kekuatan umat Islam bertambah kuat ketika itu. Selain gelaran Abu Hafs, ‘Umar RA juga terkenal dengan gelaran “al-Faruq” yang bermaksud pemisah antara perkara yang benar dengan yang batil.

‘Umar RA juga merupakan bapa mertua kepada Rasulullah SAW apabila puterinya, Hafsah RA yang menjadi balu setelah kesyahidan suaminya di medan Peperangan Badar, dikahwinkan dengan baginda. Setelah kewafatan Abu Bakar RA, ‘Umar RA dilantik sebagai khalifah kedua atas wasiat Abu Bakar RA dengan memakai gelaran Khalifatul Mukminin. Sepanjang sedekad pemerintahannya, pelbagai kemajuan telah dicapai oleh umat Islam antaranya ialah pengasasan penggunaan kalender Hijrah, pembukaan Baitulmaqdis, Parsi dan Mesir. Beliau seorang yang kuat beribadat dan begitu zuhud walaupun beliau seorang pemimpin umat Islam yang berkuasa, malah beliau amat mementingkan kebajikan umat Islam dan rakyatnya melebihi kepentingan diri dan keluarganya. Beliau syahid dibunuh oleh seorang pemberontak ketika sedang mengimamkan solat berjemaah.

3. ‘Uthman bin ‘Affan RA

Salasilah penuh beliau ialah ‘Uthman bin ‘Affan bin Abi al-‘As bin Umayyah bin ‘Abdu Syams bin ‘Abdul Manaf daripada keluarga kabilah Bani Umayyah. Susurgalur nenek moyang kedua-dua ibu bapanya bertemu dengan moyang Rasulullah SAW yang bernama ‘Abdul Manaf bin Qusay. Beliau berusia lima tahun lebih muda daripada Rasulullah SAW. Beliau terkenal dengan sifat pemalunya sehingga Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa malaikat juga malu dengan beliau. ‘Uthman RA mempunyai hubungan kekeluargaan yang akrab dengan Rasulullah SAW kerana beliau dikahwinkan dengan dua orang puteri baginda. Pertama, beliau dikahwinkan dengan Zainab RA. Selepas Zainab RA meninggal dunia, beliau dikahwinkan pula dengan adiknya, Ummu Kalthum RA. Oleh sebab itu, ‘Uthman RA mendapat gelaran “Zunnurayn” (pemilik dua cahaya).

‘Uthman RA dilantik sebagai khalifah ketiga umat Islam selepas kesyahidan ‘Umar RA melalui pemilihan enam orang calon sahabat dalam Majlis Syura. Enam tahun pertama pemerintahannya, wilayah umat Islam berkembang dengan begitu pesat. Penulisan al-Qur’an juga diseragamkan dari segi dialek Quraisy, (dialek asal bahasa Arab al-Qur’an diwahyukan) dan dikenali sebagai Mushaf ‘Uthmani. Sebanyak enam buah salinan al-Qur’an dibuat, lima buah salinan dihantar ke wilayah-wilayah Islam yang lain sementara sebuah mushaf lagi yang dikenali sebagai Mushaf al-Imam kekal di Madinah, pusat pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin. Enam tahun kedua pemerintahannya diwarnai dengan kegelapan zaman fitnah, apabila golongan munafiq mula menimbulkan fitnah dan huru-hara sehingga menyebabkan ‘Uthman RA syahid dibunuh oleh puak pemberontak.

4. ‘Ali bin Abi Talib RA

‘Ali RA merupakan sepupu Rasulullah SAW belah ayah kerana ayahnya, Abi Talib merupakan ayah saudara baginda. ‘Ali RA merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk Islam dalam kalangan para sahabat. Usia beliau 30 tahun lebih muda daripada Rasulullah SAW. Sejak kanak-kanak lagi, ‘Ali RA merupakan seorang sahabat yang berani. Ketika peristiwa Hijrah, beliau dengan beraninya menawarkan diri tidur di tempat tidur Rasulullah SAW, menyamar sebagai baginda, ketika kaum musyrikin Makkah menyerbu rumah baginda. Disebabkan sejak kecil lagi beliau tidak mahu mengikuti jejak langkah ayahnya dan keluarganya yang lain menyembah berhala, maka ‘Ali RA digelar “Karramallahu wajhahu” (dimuliakan Allah SWT wajahnya). ‘Ali RA juga amat dikenali sebagai seorang sahabat yang berilmu tinggi sehingga Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa baginda umpama ‘bandar ilmu’ dan ‘Ali merupakan ‘pintu masuknya,’ sesiapa yang ingin memasuki ‘bandar’ tersebut perlu melalui ‘pintu masuknya.’

‘Ali dikahwinkan dengan puteri bongsu Rasulullah SAW iaitu Fatimah RA. Melalui perkahwinan tersebut, mereka melahirkan Hasan dan Hussien RA yang merupakan dua orang cucu Rasulullah SAW yang mengembangkan zuriat Ahlul Bayt ke serata dunia. ‘Ali RA dilantik sebagai khalifah keempat umat Islam setelah kesyahidan ‘Uthman RA dalam keadaan fitnah dan huru-hara berleluasa dalam kalangan umat Islam. Beliau syahid dibunuh oleh seorang pemberontak ketika sedang solat di dalam sebuah masjid di Kufah.

5. Talhah bin ‘Ubaidillah RA

Salasilah penuh beliau ialah Talhah bin ‘Ubaidillah bin ‘Uthman bin ‘Amru bin Ka’ab bin Sa’ad bin Taym bin Murrah daripada keluarga belah ayahnya Bani Taym, kabilah yang sama dengan Abu Bakar as-Siddiq RA, bahkan beliau juga adalah menantu kepada Abu Bakar RA apabila beliau dikahwinkan dengan puteri Abu Bakar RA yang bernama Ummu Kalthum RA. Talhah RA merupakan salah seorang sahabat yang terawal memeluk Islam. Beliau memperjuangkan syi’ar Islam sepenuh hatinya. Ketika Peperangan Uhud, beliau menjadikan badan beliau sendiri sebagai perisai kepada Rasulullah SAW tatkala ramai pejuang musyrikin Makkah menumpukan serangan ke atas baginda kerana tentera Islam dalam keadaan kucar-kacir. Serangan bertubi-tubi tersebut menyebabkan badan beliau penuh dengan luka hirisan pedang-pedang musuh. Rasulullah SAW menggelar Talhah RA sebagai “seorang syahid yang berjalan di muka bumi.”

Talhah RA merupakan salah seorang calon pengganti khalifah yang dicadangkan oleh ‘Umar RA. Ketika ‘Zaman Fitnah’ pada zaman pemerintahan ‘Ali RA, Talhah RA, Zubair RA dan Ummul Mukminin ‘Aisyah RA turut terlibat sama dalam Peperangan Jamal. Zaman tersebut dikenali sebagai ‘Zaman Fitnah’ iaitu suatu zaman dimana khabar angin, kekeliruan dan huru-hara berleluasa apabila golongan munafiq dan pemberontak bercampur dalam kalangan umat Islam ketika itu. Talhah RA syahid terbunuh dalam peperangan tersebut disebabkan panahan sesat sebatang panah beracun.

6. Zubair bin al-‘Awwam RA

Salasilah penuh beliau ialah Zubair bin al-‘Awwam bin Khuwailid bin Asad bin ‘Abdul ‘Uzza bin Qusay daripada keluarga belah ayah kabilah Bani Asad, kabilah yang sama dengan isteri pertama Rasulullah SAW iaitu Khadijah RA, bahkan Zubair RA merupakan anak saudaranya. Zubair RA juga merupakan menantu kepada Abu Bakar as-Siddiq RA apabila beliau dikahwinkan dengan puteri Abu Bakar RA yang bernama Asma’. Anak mereka berdua iaitu ‘Abdullah bin Zubair juga merupakan seorang sahabat Rasulullah SAW. Zubair RA merupakan salah seorang sahabat yang terawal memeluk Islam. Rasulullah SAW pernah menyatakan bahawa Zubair RA adalah hawari (sahabat dan pembantu) baginda. Setiap orang nabi mempunyai golongan hawarinya sendiri seperti 12 orang hawari Nabi Isa AS (lihat Surah Ali ‘Imran, ayat 52), dan hawari Rasulullah SAW adalah Zubair RA.

Zubair RA juga merupakan salah seorang calon khalifah selepas kesyahidan ‘Umar RA. Anaknya, ‘Abdullah RA adalah antara sahabat Rasulullah SAW yang terlibat sama menentang golongan pemberontak pada zaman pemerintahan ‘Uthman RA. Ketika zaman pemerintahan ‘Ali RA sebagai khalifah, Zubair RA bersama Ummul Mukminin ‘Aisyah RA dan Talhah RA terlibat sama dalam peperangan saudara iaitu Peperangan Jamal. Zubair RA syahid dibunuh oleh seorang pemberontak dalam peperangan tersebut.

7. ‘Abdul Rahman bin ‘Auf RA

Salasilah penuh beliau ialah ‘Abdul Rahman bin ‘Auf bin ‘Abdu ‘Auf bin ‘Abd bin al-Harith bin Zuhrah bin Kilab daripada keluarga belah ayah kabilah Bani Zuhrah, kabilah yang sama dengan ibu Rasulullah SAW iaitu Aminah. Nama asalnya ialah ‘Abdu ‘Amru (hamba kepada ‘Amru), setelah beliau memeluk Islam, Rasulullah SAW menukar namanya kepada ‘Abdul Rahman (hamba al-Rahman, salah satu nama Asma’ul Husna Allah SWT). ‘Abdul Rahman RA terkenal sebagai salah seorang sahabat yang kaya-raya disebabkan kepandaian beliau dalam berdagang dan berniaga. Ketika berhijrah ke Yathrib (Madinah), beliau meninggalkan segala harta bendanya demi penghijrahan tersebut. Setelah diberikan bantuan berniaga oleh saudara Ansarnya, maka beliau menjadi peniaga yang kaya-raya semula. Walaupun begitu, beliau seorang yang begitu zuhud dan amat pemurah menginfaqkan hartanya pada jalan Allah.

Selepas kesyahidan ‘Umar RA, ‘Abdul Rahman RA merupakan salah seorang daripada enam orang sahabat yang dicalonkan sebagai pengganti khalifah. Walau bagaimanapun, beliau menolak pencalonan terhadap dirinya dan menawarkan dirinya mempengerusikan Majlis Syura untuk memilih lima orang sahabat yang lain sebagai calon khalifah seterusnya. Hasil daripada mesyuarat tersebut, ‘Abdul Rahman RA membuat keputusan untuk membai’ah ‘Uthman RA sebagai khalifah ketiga umat Islam diikuti oleh para sahabat yang lain. Beliau meninggal dunia ketika zaman pemerintahan ‘Uthman RA.

8. Sa’ad bin Abi Waqqas RA

Salasilah penuh beliau ialah Sa’ad bin Abi Waqqas Malik bin Wuhayb bin ‘Abdu Manaf bin Zuhrah bin Kilab, kabilah belah ayah yang sama dengan ‘Abdul Rahman bin ‘Auf RA iaitu Bani Zuhrah. Beliau merupakan salah seorang golongan as-Sabiqun al-Awwalun iaitu antara 40 orang terawal yang memeluk Islam selepas pengutusan Rasulullah SAW walaupun beliau mendapat tentangan hebat daripada ibunya sendiri. Beliau berjuang bersama-sama Rasulullah SAW dalam kebanyakan peperangan utama dan seorang yang mahir menggunakan senjata memanah. Rasulullah SAW menyatakan bahawa Sa’ad RA merupakan orang pertama yang memanah untuk berjuang pada jalan Allah.

Sa’ad RA merupakan seorang panglima perang yang bertanggungjawab menawan dan membuka wilayah Parsi dalam Peperangan Qaddisiyyah ketika zaman pemerintahan ‘Umar RA. Beliau juga termasuk dalam kalangan enam orang calon khalifah yang dicalonkan bagi menggantikan ‘Umar RA yang syahid dibunuh. Beliau antara sahabat yang mengambil sikap berkecuali ketika Zaman Fitnah yang berlaku ketika zaman ‘Ali RA. Dikatakan beliau mengembangkan syi’ar Islam sehingga ke Tanah Besar China dan kuburnya berada di negara China. Sa’ad RA adalah golongan sahabat Muhajirin yang terakhir meninggal dunia iaitu pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufyan RA. Beliau juga adalah sahabat yang terakhir meninggal dunia dalam kalangan 10 orang sahabat Rasulullah SAW yang dijamin syurga.

9. Sa’id bin Zaid RA

Salasilah penuh beliau ialah Sa’id bin Zaid bin ‘Amru bin Nufayl bin ‘Abdul ‘Uzza bin Ribah bin ‘Abdullah bin Qart bin Razah bin ‘Adi bin Ka’ab, kabilah belah ayah yang sama dengan ‘Umar RA iaitu Bani ‘Adi, bahkan Sa’id RA merupakan adik ipar kepada ‘Umar RA apabila beliau berkahwin dengan adik ‘Umar RA yang bernama Fatimah al-Khattab RA. Bapanya, Zaid bin ‘Amru merupakan salah seorang pengikut ajaran Hanif iaitu ajaran Islam Nabi Ibrahim AS sebelum diselewengkan oleh masyarakat Arab Jahiliyyah ketika itu. Zaid bin ‘Amru meninggal dunia sebelum pengutusan Rasulullah SAW. Sa’id RA meninggal dunia ketika zaman pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufyan RA.

10. Abu ‘Ubaidah al-Jarrah RA

Nama sebenar beliau ialah ‘Amir bin ‘Abdullah bin al-Jarrah bin Rabi’ah bin Hilal bin Uhayb bin Dhabbah bin al-Harith bin Fihir bin Malik daripada keluarga belah ayah kabilah Bani Fihir. Beliau termasuk dalam golongan sahabat terawal yang memeluk Islam. Beliau adalah seorang sahabat yang amat dikenali dengan sifat zuhud dan berkeperibadian mulia. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa setiap umat terdapat seorang pemegang amanah dalam kalangan mereka dan Abu ‘Ubaidah RA merupakan pemegang amanah (Amin) dalam kalangan umat baginda.

Semangatnya dalam mempertahankan Rasulullah SAW paling terserlah ketika dalam Peperangan Uhud. Dalam peperangan tersebut, seutas rantai besi tertusuk pada pipi Rasulullah SAW sehingga mulut baginda berdarah. Abu ‘Ubaidah RA lantas memutuskan rantai besi tersebut dengan giginya sehingga patah beberapa giginya. Ketika peristiwa pembukaan Kota Makkah, beliau merupakan salah seorang panglima perang pasukan tentera Islam.

Ketika zaman pemerintahan ‘Umar RA, Abu ‘Ubaidah RA adalah salah seorang sahabat yang bertanggungjawab membuka wilayah Syam. Beliau terus menetap di sana dan syahid juga ketika zaman pemerintahan ‘Umar RA disebabkan jangkitan wabak penyakit yang melanda penduduk Syam ketika itu, walaupun ‘Umar RA telah berusaha memujuk beliau supaya berpindah keluar daripada wilayah tersebut.

Begitulah sedikit latar belakang ringkas berkenaan kesepuluh-sepuluh orang para sahabat Rasulullah SAW yang dijamin syurga. Keempat-empat orang Khulafa’ ar-Rasyidin termasuk dalam golongan tersebut. Persoalannya, adakah cuma 10 orang sahabat tersebut sahaja yang dijamin syurga? Bagaimana pula dengan para sahabat yang lain? Sebenarnya kesemua mereka yang termasuk dalam golongan sahabat Rasulullah SAW adalah generasi umat baginda yang terbaik. Terdapat banyak hadith lain daripada ucapan Rasulullah SAW sendiri yang menyatakan beberapa orang sahabat baginda yang lain yang dijamin syurga seperti keluarga Yasir (Yasir bin ‘Ammar RA, Sumayyah binti Khayyat RA dan ‘Abdullah bin Yasir RA) yang syahid diseksa, Ja’afar bin Abi Talib RA (Sayyidul Syuhada’), Bilal bin Rabah RA, ‘Ukasya RA, isteri baginda iaitu Ummul Mukminin Khadijah RA dan puteri baginda Fatimah RA.

Kesepuluh-sepuluh orang sahabat Rasulullah SAW tersebut sentiasa bersama-sama baginda dalam keadaan susah dan senang. Mereka sanggup meninggalkan harta benda berhijrah ke Habsyah kemudiannya ke Madinah. Mereka berjuang bersama-sama Rasulullah SAW menentang kaum musyrikin Makkah dan sekutu mereka dalam hampir semua peperangan seperti Badar, Uhud, Khandaq, Tabuk, Hunain dan Khaibar. Mereka menggunakan kelebihan yang ada pada diri mereka seperti kuasa, harta kekayaan, keberanian, keilmuan dan kemahiran mereka dalam menegakkan, mengembangkan dan memperjuangkan syi’ar Islam.

Persoalan lain, bagaimana pula reaksi kesepuluh-sepuluh orang para sahabat tersebut setelah mengetahui bahawa diri mereka tergolong dalam kumpulan sahabat yang dijamin syurga oleh Rasulullah SAW? Mereka bersifat zuhud, tidak bermegah diri dan sentiasa berusaha menambah amal ibadat mereka. Perkataan Rasulullah SAW adalah daripada wahyu Allah SWT, oleh itu setiap perkataan baginda adalah benar. Sekiranya dengan perkataan baginda yang memberi jaminan bahawa kesepuluh-sepuluh orang sahabat baginda tersebut dimasukkan ke dalam syurga menjadikan mereka bermegah diri, maka perkataan baginda adalah dusta, ini kerana baginda sendiri pernah bersabda bahawa seseorang itu tidak akan memasuki syurga Allah SWT jika di dalam hatinya ada sekelumit perasaan bongkak, takbur, riak, ujub dan sombong. Ini menunjukkan bahawa perkataan Rasulullah SAW itu benar, tiada nas al-Qur’an dan hadith lain yang menafikannya.

Apa yang penting bagi kita ialah mengetahui sejarah kehidupan kesepuluh-sepuluh orang sahabat Rasulullah SAW tersebut supaya kita boleh mengambil iktibar, contoh dan tauladan serta motivasi kepada diri kita supaya sentiasa berusaha menggunakan segala nikmat dan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita untuk menambah dan menjaga amal soleh, ilmu dan amal jariah buat bekalan menuju syurga Allah SWT di akhirat kelak. Insya Allah. Itulah sebenar-benarnya orang-orang yang berjaya.

Wallahualam.

Kredit/Sumber: thepatriots.asia
Please Subscribe my youtube channel. Tq.

Translate

CLOSE