Pemuda dan Duit Syiling

Tazkirah: Lelaki dan Duit Syiling

Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al Hamid

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik mambancuh simen.

Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.

Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan sekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.

"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yang berada pada aras paling bawah.

Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.

Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.

Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.

Setelah merasa sakit, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sahabat sekalian, ALLAH sering menjatuhkan REZEKI (syiling), Rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita.

ALLAH menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya.

Tetapi, acap kali kita lalai untuk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula 'batu' yang berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yang menyakitkan.

Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan untuk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Segala puji bagi ALLAH.

*Untuk renungan kita bersama. 

Kredit/Sumber: Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al Hamid

Jin tentera Nabi Sulaiman

Jin tentera Nabi Sulaiman


JIN adalah sebahagian tentera Nabi Sulaiman. Sulaiman bin Daud adalah satu-satunya Nabi yang memperoleh keistimewaan daripada Allah yang boleh memahami bahasa binatang.

Dia boleh bicara dengan burung Hud Hud dan memahami bahasa semut. Dalam surah An-Naml, ayat 18-26 menceritakan keistimewaan Nabi yang sangat kaya-raya ini. Firman Allah yang bermaksud: "Dan Sulaiman mewarisi Daud dan dia berkata, "Hai manusia, kami diberi pengertian mengenai suara burung dan kami diberi segala sesuatu. 

Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata." Dan, dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya daripada jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut, "hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari." 

Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Katanya, "Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada orang tuaku; kurniakan padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh." (An-Naml: 16-19) 

Menurut riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut, "Wahai semut! Berapa banyak engkau peroleh rezeki daripada Allah dalam waktu setahun?" "Sebesar biji gandum," jawabnya. Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Genap setahun, Nabi Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. 

Namun, si semut di dapati hanya memakan sebahagian biji gandum itu. "Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?" tanya Nabi Sulaiman. "Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah," jawab si semut. "Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. 

Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya." Walaupun Nabi Sulaiman dilimpahkan kekayaan, dia tetap manusia biasa. Begitu juga cerita Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis, seorang wanita yang cantik dan mempunyai akal yang cerdas. Sebab itulah golongan jin berasa iri hati dengannya. Mereka mengatakan Ratu Balqis mempunyai dua aib, pertama tubuhnya pendek dan kedua betisnya seperti betis unta. 

Maka Nabi Sulaiman memerintahkan jin mengubah sedikit singgahsana Ratu Balqis, lalu baginda menyuruh membina sebuah mahligai yang dibuat daripada kaca. Bahagian bawah mahligai itu di sekeliling sungai dengan ikan manakala di atasnya dibuat sebuah jambatan daripada kaca. Ketika Ratu Balqis dan rombongan tiba, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: "Apakah ini singgahsanamu?" 

Ratu Balqis menjawab: "Mungkin!" Ia tidak mengatakan ya, kerana dilihatnya ada sedikit perubahan. Tetapi tidak mengatakan bukan, disebabkan ada sebahagian yang serupa dengan singgahsananya. Daripada jawapan Ratu Balqis itu, tahulah Nabi Sulaiman bahawa dia adalah seorang wanita yang berakal sempurna serta bijaksana. Kemudian Nabi Sulaiman menyuruh tetamunya itu masuk ke istana. Ketika Ratu Balqis melihat ke istana, dia melihat seakan-akan ada aliran air, sehingga dia mengangkat kainnya, sehingga betisnya tersingkap. 

Nabi Sulaiman melihat betisnya itu, maka tidak ada satu aib pun seperti yang disampaikan golongan jin. Nabi Sulaiman berkata kepada Ratu Balqis: "Ini adalah sebuah mahligai yang licin, ia dibentuk daripada kaca." Ketika Ratu Balqis menyaksikan betapa hebatnya Nabi Sulaiman, ia berkata dalam hatinya: "Walaupun kerajaanku luas, singgahsanaku indah dan megah, bala tenteraku ramai, namun jika dibandingkan dengan semua yang aku saksikan ini, seakan-akan milikku tidak bererti." Di dalam surah An-Naml ayat 44 yang bermaksud: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah Tuhan semesta alam." Setelah itu Ratu Balqis pun berkahwin dengan Nabi Sulaiman.

Peristiwa pernikahan Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis ini terjadi pada hari Jumaat. Begitu besarnya kerajaan Nabi Sulaiman yang mana angin sebagai kenderaannya, manusia dan jin sebagai tenteranya, burung sebagai pembantu dan teman-teman bercakapnya, binatang buas sebagai buruhnya dan malaikat sebagai utusannya. Nabi Sulaiman mempunyai satu padang, sebahagian tanahnya dibuat daripada emas dan sebahagian lagi daripada perak. Jika tenteranya berbaris di padang itu, panjang barisan itu tidak kurang daripada seratus parsakh. Sedangkan luas tempat tinggalnya adalah sebulan perjalanan. 

Kemudian golongan jin membuat untuknya sebuah permaidani daripada emas dan perak. Pada permaidani itu terdapat dua belas ribu mihrab, pada setiap mihrab terdapat kerusi daripada emas dan perak, kemudian duduk di atas tiap kerusi itu seorang yang alim dari ulamak Bani Israel. Pada setiap hari dimasak kira-kira 1,000 unta, 4,000 lembu dan 40,000 kambing. Nabi Sulaiman mempunyai piring-piring yang besar bagaikan kolam dan periuk di atas tungku. Firman Allah yang bermaksud: "Jin membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dikehendakinya dari bangunan yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang besarnya seperti kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku." (Surah Saba' ayat 13).

Begitu besarnya kelebihan Nabi Sulaiman. Namun, kelebihan dan kenikmatan umat Nabi Muhammad yang beriman, di dalam Syurga nanti lebih besar.

Dikisahkan bahawa serendah-rendah darjat tempat umat Nabi Muhammad di dalam Syurga itu ialah seratus kali luas kerajaan Sulaiman. 

Kredit/Sumber: mymetro

Rasulullah merindui umat akhir zaman

Rasulullah merindui umat akhir zaman


"Rasulullah merindui umat akhir zaman" .....


Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-
saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara: "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat. "Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah, sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat. "Bagaimana kamu tidak beriman, sedangkan aku
berada ditengah-tengah kamu," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Begitulah nilaian Tuhan. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci.

Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih- Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.

Pada kita yang bersungguh-sungguh mahu menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu, wajarlah bagi kita untuk mengikis cinta-cinta yang lain.

Cinta yang dapat merenggangkan hubungan hati kita dengan baginda Rasulullah. Selawat & salam buat junjungan mulia Rasulullah.s.a.w..."Berselawatlah untukku satu kali, maka Allah akan berselawat untuk nya 10 kali” hadis riwayat muslim(1/288, no.384)

Sabda Nabi SAW “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” (Hadis Riwayat At-Tarmidzi)

Sabda Nabi SAW : “ Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada .“ (Hadis Riwayat Abu Daud)

Ketika berjumpa sahabat handai atau saudara mara sesama Islam . Sabda Nabi s.a.w : “ Tiadalah dua hamba yang saling cinta mencintai kerana Allah yang berjumpa salah seorang yang lain lalu berjabat tangan ( bersalam ) dan berselawat kepada Nabi s.a.w . melainkan Allah
mengampuni dosanya sebelum mereka berpisah , baik yang telah lalu ataupun yang akan datang.“ (Hadis riwayat Ibnu Sunni)

Ketika akan memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting . Sabda Nabi s.a.w : “ Setiap pekerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan hamdalah (memuji Allah) dan selawat , maka pekerjaan atau urusan itu terputus dan hilang barkahnya.“ (Hadis Riwayat Ar-Rahawi)

Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi s.a.w . Sabda Nabi s.a.w : “ orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya.“ (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Ketika telinga berdengung . Sabda Nabi s.a.w : “ Jika telinga salah seorang dari kamu berdengung , maka hendaklah ia mengingati dan berselawat kepadaku.“ (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan. Diberitakan oleh Ubay bin Kaab r.a. bahawa
seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, ujarnya : “ Ya Rasulullah bagaimana pendapat engkau sekiranya aku jadikan selawat untuk engkau semua?

Jawap Rasulullah s.a.w “ Kalau demikian Allah akan memelihara engkau baik mengenai dunia mahu pun mengenai akhiratmu.“ (Hadis Riwayat Ahmad)

Setiap waktu pagi dan petang . Sabda Nabi s.a.w : “ Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat.“ (Hadis Riwayat Thabarani)

Berdasarkan dari hadis-hadis diatas, jelas bahawa membaca selawat kepada Nabi s.a.w adalah suatu dari rangkaian iman dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh kaum Muslimin dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan.

Semoga dengan sentiasa berselawat ke atas Nabi, Allah akan memberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kaum Muslimin.

Fadilat Selawat 

untuk renungan Rasulullah SAW telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku. Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh
mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.?

Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Ayuh jangan kita melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Sumber: Kisah-Kisah NABI Muhammad SAW

Kisah Penciptaan Malaikat Jibrail

Kisah Penciptaan Malaikat Jibrail

Gambar Hiasan
Imam Ahmad dalam musnadnya meriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a. bahwa ia berkata, “Rasulullah shallalahu alaihi wassalam pernah melihat Jibril dalam bentuknya (yang sesungguhnya). Ia mempunyai 600 sayap; masing-masing sayap menutup cakrawala. Dan setiap sayapnya keluar berwarna-warni mutiara dan yaqut (batu mulia). “Ibnu Katsir mengatakan bahwa isnad hadits ini jayid (bagus).


Dalam Sunan Tirmidzi disebutkan hadits dengan isnad shahih bahwa Rasulullah shallalahu alaihi wassalam berkata mengenai Jibril,

“aku melihatnya turun dari langit dan besarnya penciptaan Jibril menutupi ruang antara langit dan bumi”

Ketika menerangkan tentang Jibril ini, Allah berfirman

“Sesungguhnya (Al-Quran) itu adalah firman Allah yang (dibawa) utusan yang mulia, yang mempunyai kekuatan di sisi yang mempunyai Arsy yang tinggi derajat, dipatuhi lagi dipercaya (At-Takwir: 19-21)

Yang dimaksud dengan “utusan mulia” disini adalah Jibril, sedangkan “Pemilik Singasana” adalah Rabul’izzah (Allah).

Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahwa, “Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibril mempunyai 600 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibrail menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”.

Setelah memandang dirinya yang tampak begitu indah dan sempurna, maka malaikat Jibrail pun berkata kepada Allah, “Wahai Rabbku, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripada aku?” Kemudian Allah pun menjawab pertanyaan malaikat Jibrail, “Tidak”. Mendengar jawapan Allah, maka malaikat Jibrail pun berdiri dan melakukan solat dua rakaat untuk bersyukur kepada Allah. Pada setiap rakaat shalat yang dikerjakan oleh malaikat Jibrail, dia menghabiskan masa selama 20,000 tahun lamanya.

Setelah malaikat Jibril selesai melaksanakan solatnya, kemudian Allah pun berfirman kepadanya, “Wahai Jibril, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembahKu seperti ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.

Seandainya mereka mengerjakan solat dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang, dengan pikiran yang melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai daripada solatmu. Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan solat itu atas perintahKu sedangkan solat kamu bukan atas perintahKu”.

Setelah mendengar hal tersebut, Jibril pun kembali bertanya kepada Allah, “Ya Rabbku, apakah yang Engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepadaMu?” Maka Allah berfirman yang ertinya, “Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal mereka”. Malaikat Jibril kemudian meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa tersebut.

Setelah Allah memberikan izin kepadanya, maka malaikat Jibrail pun mengembangkan sayapnya dan terbang menuju syurga Ma’waa. Satu hayunan sayap malaikat Jibrail adalah sama dengan jarak perjalanan selama 3000 tahun. Maka terbanglah malaikat Jibrail selama beberapa lama perjalanan, malaikat Jibril akhirnya kepenatan dan turun untuk singgah dan berteduh di bawah sebuah pohon. Di sana ia bersujud kepada Allah lalu berkata, “Ya Rabbku, apakah aku telah menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju ke syurga Ma’waa?”

Maka Allah pun berfirman, “Wahai Jibrail, meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan”.

Sabda Rasulullah, “Sebelah kanan sayap Jibril terdapat gambar syurga berserta dengan segala isinya termasuk bidadari-bidadari, istana, pelayan dan sebagainya manakala sayapnya yang sebelah kiri terdapat gambar neraka dan segala isinya yang terdiri daripada beberapa macam ular yang cukup bisa, kala jengking dan neraka yang bertingkat-tingkat serta penjaganya yang terdiri daripada malaikat yang garang dan ganas yakni malaikat Zabaniyah“.

Kata Rasulullah lagi, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang kecil pada badan manusia kemudian mereka akan menarik rohnya dari kedua telapak kaki hingga lutut dan mereka pun keluar. Setelah itu datang lagi sekumpulan malaikat masuk menarik roh dari lutut ke perut. Begitulah seterusnya dari perut ke dada dan dada ke kerongkongnya. Itu saat nazak seseorang”.

“Kalau orang yang nazak itu orang beriman, maka malaikat Jibril akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang itu dapat melihat kedudukannya di syurga sehingga terlupa orang-orang di sekelilingnya. Jika orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibril akan menebarkan sayap sebelah kiri untuk menunjukkan tempatnya di neraka sehinga ia menjadi sangat takut serta lupa kepada keluarganya”, kata Rasulullah.

Kita sebagai umat Islam mesti mengakui kebenaran ini dan ia adalah sama seperti kita beriman kepada perkara ghaib. Tidaklah mustahil bagi Allah untuk menciptakan segala sesuatu kerana Dia maha pencipta. Cukuplah sekadar kita melihat langit yang tidak bertiang, bukankah ia perkara mustahil bagi manusia untuk membuatnya.?

Tangan Si Pemandi Mayat Terlekat Pada Tubuh Jenazah

Tangan Si Pemandi Mayat Terlekat Pada Tubuh Jenazah


Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yg buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki (pelacur). 

Tiba pada hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh seorang wanita yg kerjanya memandikan mayat, tiba2 tangan si pemandi mayat itu terlekat pada batang tubuh jenazah wanita itu. Semua penduduk dan Ulama' gempar akan hal itu. Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit. 

Terdapat berbagai cadangan dan pandangan untuk menyelesaikan masalah itu. Akhirnya ada 2 pandangan yg dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan. Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat dan yg kedua pula tanam/kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat dan jenazah itu sekaligus. Oleh kerana kedua2 cadangan tersebut masih lagi kurang sesuai, salah seorang dari mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik. Imam Malik bukan calang2 orang yg memberi fatwa. 

Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yg berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu: "Apakah kamu lakukan/berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya?" Perempuan memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menjawab bahawa dirinya tidak berbuat/tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah. 

Selepas diasak dengan berbagai pertanyaan dan takut tangannya akan dipotong/ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada berkata: "Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina sambil menampar-menampar dan memukul berkali2 pada batang tubuh si mati." Imam Malik berkata: "Kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Dalam situasi begini, di mana kamu nak cari saksi? Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4 saksi." Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, bila tiba sebatan yang ke 80, maka dengan kuasa Allah SWT, terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.

PENGAJARAN:

Jaga lidah, jangan sebarkan fitnah. Jangan bersangka buruk dengan kuasa Allah. Kalau kita tahu dia itu seorang pelacur sekalipun, tapi kalau kita tak pernah lihat, maka kita dilarang menuduhnya berzina.

Diharap kisah Imam Malik dan Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai tauladan dan ikhtibar. Kerana itu ingatlah, apabila kita membantu menyebar sesuatu perkara buruk dalam masyarakat, negeri atau negara, yg mana kita tidak menyaksi dan tiada saksi, maka tunggulah suatu hari, kita akan menerima balasannya, walaupun peristiwa berlaku. Berhati-hatilah semua dan jangan terjerat dengan jarum-jarum kejahatan.

Kisah Tauladan Untuk Dijadikan Pengajaran!!

Sumber: Jemaah Tabligh Malaysia

Perkuburan Baqi (Jannatul Baqi)

Perkuburan Baqi (Jannatul Baqi)


Perkuburan ni terletak berhampiran dengan masjid nabawi. Jannatul Baqi ertinya Taman Syurga. Dahulunya pada zaman Rasul ianya jauh dari masjid, tetapi oleh kerana pembesaran masjid nabawi yang dilakukan beberapa kali oleh pemerintah, maka perkuburan ini dah jadi bersebelahan dengan pagar masjid. Baqi adalah khusus untuk penduduk Madinah. 

Rasulullah saw menjadikan tanah perkuburan ini untuk keluarga dan para sahabat Beliau. Dikatakan lebih 10 ribu sahabat telah dikebumikan disini. Para istri Rasul juga semuanya disemadikan di perkuburan ini kecuali Siti Khadijah, makamnya di Jannat al-Maula Makkah.





Baqi adalah tanah perkuburan yang paling mulia. Rasulullah saw sering menziarahi perkuburan ini. Ada hadis mengatakan, ahli-ahli kubur Baqi adalah yang pertama akan dibangkitkan di akhirat kelak.

Perkuburan Baqi

Bersebelahan Masjid Nabawi
Ianya adalah tanah lapang, tidak ada tumbuhan, kering dan berbatu. Semua makam disini tidak bertanda, tak ditulis apa-apa pun. Hanya diletakkan batu nesan sahaja, bukan batu ukiran macam kat negara kita yang ditempah dan ada pelbagai design. Batu nesan kat sini betul-betul batu...batu bukit.

Batu nisan tidak bertanda
Dulu disini dipenuhi kubah-kubah sebagai tanda makam, tetapi dimusnahkan oleh pemerintah Saudi atas alasan bidaah. Perkuburan Baqi telah melalui beberapa proses ubah suai. Dulu takda pagar, sekarang dibuat pagar macam tembok. Ini untuk menghalang jemaah dari masuk dan keluar sesuka hati dan membuat perkara-perkara syirik dan bidaah seperti berdoa mengadap kubur, tawaf disekeliling makam dan banyak lagi perkara khurafat.

Kubah sebelum dihancurkan oleh pemerintah.
Dalam ni dibuat jalan khusus untuk pejalan kaki. Tidak boleh berjalan diatas makam. Ada ramai askar yang mengawasi jemaah dan mengawal trafik. Perkuburan ini ada masa lawatan, hanya dibuka selepas subuh hingga 8.00 am dan selepas asar sehingga 30 minit sebelum maghrib. Perempuan tidak dibenarkan masuk, hanya boleh melihat melalui pagar sahaja.

Laluan pejalan kaki
Bagi mereka yang datang ke Madinah, mesti mengambil peluang menziarahi perkuburan ini kerana letaknya hanya bersebelahan dengan masjid nabawi. Sepatutnya penulis pergi bersama mutawif selepas ziarah makam Rasul, tetapi oleh kerana kepenatan, penulis tak ikut. Penulis hanya ziarah Baqi keesokan harinya.


Makam Ahlulbayt
Masuk sahaja di pintu besar, sebelah kanan selepas signboard biru besar tu adalah perkuburan yang dikhaskan untuk keluarga Nabi saw. Mudah sahaja nak kenal, ada tembok setinggi 2 meter disitu. Dahulunya kawasan ni boleh masuk, tetapi sekarang dihadang oleh rantai. Ramai askar jaga kawasan ni sebab ianya menjadi tumpuan utama jemaah. Makam keluarga Nabi antara yang paling menjadi kewajipan untuk diziarahi. Memang agak sesak disitu.

Makam Ahlulbayt

Antara keluarga Nabi yang dimakamkan di kawasan ni ialah:

Imam Hassan bin Ali, cucu Rasulullah anak kepada Imam Ali bin Abi Thalib dan Siti Fatimah. 

Imam Jakfar Shodiq, cucu Imam Ali Zainal Abidin bin Husein bin Ali. 

Imam Ali Zainal Abidin, anak Imam Husein bin Ali. 

Imam Muhammad Al-Baqir, anak Imam Ali Zainal Abidin dan ayah kepada Imam Jakfar Shodiq.

Abbas bin Abdul Muthalib, bapa saudara Nabi saw.

Siti Fatimah binti Muhammad, anak Rasulullah saw dan isteri kepada Imam Ali bin Abi Thalib


4 kubur yang seolah digabungkan seperti gambar diatas adalah Hassan, Ali Zainal Abidin, Jakfar Shadiq dan Muhammad Al-Baqir. Satu di depan tu adalah Abbas. Makam Siti Fatimah disebelah kanan paling hujung disitu. Adapun riwayat mengatakan, makam Siti fatimah tidak soheh dan sehingga sekarang masih tidak diketahui dimanakah lokasi tepat makamnya. Tapi yang pasti Beliau dikebumikan disini. Sejarah menceritakan bahwa terdapat konflik yang berlaku antara Siti Fatimah dengan beberapa sahabat selepas kewafatan Rasulullah saw menyebabkan Beliau mewasiatkan suaminya supaya mengkebumikannya di tengah malam dan ratakan kuburnya supaya tidak bertanda. Wallahuallam.


Makam Siti Fatimah. Wallahualam



Dulu boleh masuk. Tapi sekarang tak boleh kerana banyak amalan khurafat.

Makam Ibrahim bin Rasulullah

Ini adalah makam Ibrahim, anak lelaki Rasulullah saw. Walaupun tak bertanda mudah je nak kenal sebab makam ni adalah yang paling kecil disitu. Ibrahim wafat ketika umurnya 2 tahun. Ibu Ibrahim adalah Maryam al-Qibtiah, salah seorang dari isteri Rasul saw.

Ibrahim bin Muhammad


Makam para Isteri Rasul

Selepas beberapa langkah melepasi makam Ahlulbayt, terdapat makam para isteri Rasul saw. Jumlahnya seramai 9 orang. Semasa penulis berada disitu, ada jemaah yang berdoa mengadap ke arah makam, dan dihalau oleh askar yang jaga kawasan tu. Dia suruh pusing mengadap kiblat. Memang berdoa cara begitu ditegah oleh askar.

Makam para isteri Rasul saw
Ramai lagi sahabat dan keluarga Rasul yang dikebumikan disini. Tapi semuanya tak bertanda. Nak cari bukannya senang tapi taklah susah sangat. Kalau ada askar yang jaga makam tu memang sahla ianya makam sahabat atau keluarga Rasul. Soalnya makam siapa? Uthman bin Affan khalifah ke 3 juga dimakamkan disini. Makam beliau berada ditengah-tengah perkuburan Baqi. Penulis tak berkesempatan untuk pergi ke sana. Jannatul Baqi ni luas...kalau bawa anak kecil memang tak sesuaila nak duduk lama-lama sebab panas. Penulis pergi ziarah selepas solat asar.


Halimahtul Saadiah, ibu susuan Nabi juga ada disini. Makam Fatimah binti Asad, ibu kepada Imam Ali bin Abi Thalib juga disini. Imam Malik pelopor mazhab Maliki juga disini. Semua makam mereka penulis tak berkesempatan untuk ziarah. Faktornya ialah kerana tak bertanda, kena cari dan tanya dulu. Takut nanti tersilap kubur.

Baqi juga ada banyak burung merpati. Ramai jugak yang datang bawa makanan dan tabur atas kubur. Perbuatan ni tak dihalang cuma jangan melangkah masuk dalam kawasan kubur, dah ada dibuat jalan khusus.

Kredit: http://umrahku-ak7mac.blogspot.my/
Please Subscribe my youtube channel. Tq.

Translate

CLOSE